
Foto: Instagram
Penyanyi dikir barat moden popular Malaysia, Eda Ezrin yang dilaporkan kini ditahan di penjara di Narathiwat, berkemungkinan akan dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini.
Memetik laporan Sinar Harian, penyanyi berusia 30 tahun dari Kelantan itu dijangka dibebaskan selepas membayar denda yang dikenakan mahkamah.
Perkara itu dimaklumkan oleh seorang sumber yang enggan namanya disiarkan kepada pihak NST.
Menurutnya, selain Eda Ezrin atau nama penuhnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, empat lagi rakyat Malaysia yang ditahan bersama dijangka dibebaskan esok.
"Mahkamah Wilayah Narathiwat dijadual menjatuhkan hukuman terhadap enam rakyat Malaysia pagi esok kerana didakwa memiliki pil Yaba dan mengambil dadah.
"Lima daripada mereka termasuk Eda Ezrin berkemungkinan akan didenda kerana mengambil dadah.
"Penyanyi itu dan empat yang lain berdepan hukuman penjara kurang enam bulan dan denda kurang RM1,000 kerana mengambil dadah.
"Memandangkan mereka sudah ditahan di Narathiwat kira-kira empat bulan sejak ditangkap pada 1 November tahun lalu, mahkamah mungkin membebaskan mereka lebih awal sebaik denda dibayar.
"Dua lagi rakyat Malaysia iaitu seorang wanita dan seorang lelaki, juga akan didenda dan dipenjarakan kerana memasuki Thailand tanpa dokumentasi yang betul dan tinggal lebih masa," kata sumber itu.
Sumber yang sama itu turut mendedahkan bahawa seorang lagi lelaki warga Malaysia berusia 30an dijangka didakwa kerana memiliki pil Yaba.
"Bagaimanapun, pihak pendakwaan mempunyai hak untuk membantah keputusan itu semasa perbicaraan hari ini," kata sumber itu.
Mahkamah Wilayah Narathiwat menetapkan hari ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman terhadap Eda Ezrin, bersama lima yang lain atas pertuduhan mengambil dadah di pekan Sungai Golok.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.