Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Selesai Beri Keterangan Lebih 3 Jam, Eda Ezrin Kembali ke Pangkuan Keluarga

ROSTAM, Mohamad Firdaus
08 Aug 2025, 11:09 AM

selesai beri keterangan lebih 3 jam, eda ezrin kembali ke pangkuan keluarga Foto: BH Online

Penyanyi lagu Bea Soba Bea, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 33, bersama rakannya, Nur Aida Mamat, 33, akhirnya selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing malam tadi selepas lebih sembilan bulan menjalani tahanan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.

Kedua-dua wanita itu dibebaskan selepas memberikan keterangan selama lebih tiga jam di Balai Polis Rantau Panjang, sebelum dibenarkan pulang oleh pihak berkuasa tempatan.

Difahamkan, Nur Aida menjadi individu pertama yang keluar dari balai polis kira-kira jam 11.30 malam, sebelum menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V milik keluarganya. Tidak lama kemudian, Eda Ezrin pula kelihatan meninggalkan kawasan balai polis sekitar 11.40 malam dengan menaiki kereta Honda City Hatchback yang dipandu oleh ahli keluarga mentuanya.

Eda yang berpakaian serba hitam sempat memeluk ibunya, Zahara Mamat, 47, sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu utama balai polis. Momen penuh emosi itu turut disaksikan dari kejauhan oleh wakil media dan ahli keluarga lain yang tidak dibenarkan masuk ke kawasan balai.

Pihak polis hanya membenarkan sebuah kenderaan bagi setiap individu untuk menjemput mereka di perkarangan balai polis, manakala media dan anggota keluarga yang lain diminta menunggu di luar kawasan pagar.

Wartawan yang menunggu sejak petang gagal mendapatkan sebarang kenyataan daripada Eda Ezrin apabila beliau dikatakan enggan menemui atau memberikan sebarang ulasan kepada pihak media.

Menurut laporan media, hanya dua individu iaitu Eda Ezrin dan Nur Aida yang dibenarkan pulang ke Kelantan malam tadi, manakala empat lagi rakyat Malaysia masih berada di Pejabat Imigresen Sungai Golok bagi melengkapkan urusan dokumentasi.

Jurucakap Pejabat Imigresen Sungai Golok memaklumkan bahawa suami Eda Ezrin, Mohd. Affendi Ahmad, 35, suami kepada Nur Aida iaitu Mohamad Alif Deraman, serta dua lagi rakyat Malaysia iaitu Eridieka Mohd. Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, masih berada di premis berkenaan.

“Mereka masih belum menyelesaikan beberapa dokumen penting yang diperlukan untuk proses pelepasan pulang ke Malaysia. Oleh itu, hanya dua orang sahaja yang dapat kembali ke Kelantan pada malam ini,” katanya kepada pemberita.

Difahamkan, semua individu tersebut sebelum ini ditahan pihak berkuasa Thailand atas kesalahan imigresen, namun telah dibebaskan secara berperingkat selepas menjalani tempoh tahanan dan menyelesaikan proses berkaitan.

Sumber: BH Online

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us