Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Rahsia Tubuh Anda Bila Makan Durian, Elak Reaksi Panas & Pening!

IDRUS, Husna Najwa
15 Jul 2025, 11:07 AM

rahsia tubuh anda bila makan durian, elak reaksi panas & pening!

Foto: @BhgPemakananKKM

Poster KKM diatas menyorot lima reaksi badan yang biasa berlaku selepas menikmati durian. Reaksi ini mungkin berbeza keatas setiap individu kerana ia bergantung pada kesihatan, sensitiviti dan jenis kombinasi makanan atau minuman yang dimakan serentak.

Durian kaya dengan sebatian sulfur yang boleh menghalang enzim ALDH, iaitu sejenis enjin utama metabolisme alkohol dan kafein. Akibatnya, apabila digabungkan dengan alkohol, alkohol tidak diuraikan dengan baik, membawa kepada rasa panas, berdebar, loya atau mabuk yang teruk.

Selain alkohol, sulfur durian juga boleh mengganggu metabolisme kafein. Gabungan ini boleh menyebabkan gastrik, perut berangin dan jantung berdebar. Durian juga dianggap ‘panas’ dalam perubatan tradisional. Jika diambil bersama makanan ‘sejuk’ seperti ketam, atau ‘pedas’, suhu badan akan meningkat dengan mendadak yang membawa kepada ketidakselesaan perut atau bloating.

rahsia tubuh anda bila makan durian, elak reaksi panas & pening!

Foto Hiasan

Makan durian bersama minuman bergula, santan atau makanan berminyak meningkatkan beban kepada sistem pencernaan dan boleh menyebabkan anda merasa lebih cepat kenyang, kembung dan dispepsia. Terdapat juga masalah alahan yang jarang terjadi tetapi tetap berpotensi, gejalanya termasuk bengkak bibir, sesak nafas, ruam.

Durian memang nikmat dan penuh nutrien, tetapi reaksi seperti jantung berdebar, perut berangin, atau pening boleh berlaku disebabkan sulfur, kalori, interaksi metabolik, atau sensitiviti individu. Ambil secara sederhana sangat relevan dan memberi jaminan kepada peminat durian untuk menikmati secara selamat dan sihat.

Untuk anda yang ada masalah jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, atau buah pinggang, sebaiknya elakkan kombinasi berisiko, pantau jumlah pengambilan dan berbincang dengan pakar kesihatan jika perlu.

Sumber: Bahagian Pemakanan KKM

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us