Setiap kali jumpa orang yand ada lesung pipit ni, sejuk je hati ni memandang wajah muka dorang. Makin indah dan bertambah manis senyuman kalau orang tu mempunyai lesung pipit.
Ternyata lesung pipit ini merupakan satu jenis kecacatan yang unik pada otot wajah muka dan hanya boleh dapat diwarisi oleh genetik. Haaaa, kat sini ada fakta-fakta menarik dan juga kelebihan lesung pipit.
- Hanya 20% Manusia Yang Memilikinya
Statistik manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit hanya 20% menurut laporan oleh The Daily Health Gen. Lesung pipit adalah kecacatan otot di wajah muka yang sering dicemburui oleh ramai orang yang tidak memilikinya. Jadi, sesiapa yang memiliki “kecacatan” ini merupakan seorang yang sangat unik dan bertuah. Untungnyaaaa!
- Ramai Mudah Tertarik Dengannya
Dengan adanya lesung pipit, ia menambahkan lagi daya tarikan seseorang itu. Senyuman makin menawan dan akan sentiasa kelihatan asli walaupun mereka dipaksa untuk senyum.
- Akan Kelihatan Lebih Muda
Telahpun terbukti oleh para saintis bahawa sesiapa yang memiliki lesung pipit akan kelihatan lebih muda walaupun umur mereka sudah berusia. Macam betul je tengok lah Wawa Zainal, masih comel walaupun sudah beranak tiga.
- Menyebarkan Aura Keceriaan
Oleh kerana lesung pipit ini menambahkan daya tarikan seseorang tu, orang sekeliling akan turut terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan. Setiap kali dia senyum, orang sekeliling akan sentiasa terpegun dan tertawan dengan senyuman manisnya.
- Boleh Mencipta Lesung Pipit
Eh tadi kata boleh dapat mewarisi lesung pipit dengan genetik. Kenapa tiba-tiba boleh mencipta lesung pipit pula? Haaaa, ini fakta yang sangat menarik, alat yang pertama untuk mencipta lesung pipit ini diperkenalkan pada tahun 1936. Tetapi menurut The American Medical Association, jika menggunakan alat tersebut pada jangka masa yang lama, sebenarnya boleh menyebabkan kanser. Zaman pemodenan sekarang ini, ramai yang membuat pembedahan plastik untuk mendapatkan kecantikan unik ini.
- Lesung Pipit Boleh Pudar
Ramai sebenarnya tidak tahu bahawa lesung pipit boleh pudar dan hilang begitu saja mengikut otot wajah muka anda. Walaupun anda dilahirkan dengan lesung pipit, namun tak semestinya anda akan memilikinya seumur hidup. Faktor yang boleh menjadikan lesung pipit anda semakin kurang kelihatan adalah penambahan berat badan.
Sumber: Pesona Pengantin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.