Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Fazura Tak Halang Anak Jadi Artis Cuma Takut Anak Dikecam

Abdul Muadzar Azizan.
05 Feb 2024, 04:31 PM

Untitled-design-12.png

Pelakon, Penyanyi dan Usahawan Selebriti, Nur Fazura, 41 tidak menolak jika anak perempuannya Nur Fatima Aisya mengikut jejak langkahnya bersama suami, Fattah Amin sebagai seorang pelakon.

Walau bagaimanapun, Fazura agak risau dengan cabaran dan dugaan yang akan dihadapi anak perempuannya jika bergelar anak seni suatu hari nanti.

“Sejujurnya bidang seni ini bukanlah kerjaya mudah dan seindah seperti yang disangka. Saya risau sebenarnya jika Fatimah terbabit dalam bidang seni suatu hari nanti.

Pun begitu, pelakon filem Pisau Cukur itu percaya bahawa anaknya itu boleh menempuhi cabaran dalam bidang seni, memandangkan kanak-kanak yang bakal memasuki usia empat tahun itu disifatkan sebagai seorang anak yang kuat.

“Tapi saya rasa dia boleh berdepan dengan cabaran dalam bidang seni. Kalau saya ‘kak long’ (kuat), dia lagi kak long daripada saya.

“Fatima seorang anak yang kuat. Saya rasa dia boleh berdepan dengan cabaran dalam bidang seni,” ujarnya.

Bagaimanapun sebagai seorang ibu, Fazura yang ditemui semasa majlis pelancaran koleksi raya, Fazbulous Raya 2024 di sini, kelmarin tidak yakin boleh berdepan dengan kecaman netizen terhadap anaknya selepas terbabit dalam bidang seni.

“Cuma saya takut tidak boleh berdepan dengan hentaman dan kecaman netizen terhadap Fatimah apabila dia terbabit dalam bidang seni nanti.

“Namun terpulang, saya sokong apa sahaja yang dia mahu lakukan. Sekarang pun saya sudah nampak minatnya dalam bidang seni.

“Fatima pun dah mula terbabit dengan iklan. Darah seni memang ada dalam dirinya. Pada masa hadapan, jika dia mahu berlakon sudah tentu saya akan sokong,” tutur Fazura.

Pada masa sama, Fazura turut berharap agar dia dan suami diberikan kesihatan yang baik supaya dapat membimbing puteri kesayangan mereka dalam bidang diceburi.

Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Sumber : Kosmo Online

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us