Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Fungsi Dan Peranan Kerajaan Caretaker

Jom kita fahami dengan lebit tepat dan mendalam!
Sofea Shahrol
18 Aug 2021, 05:00 PM

Susulan peletakan jawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan supaya Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md Yasin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. Dalam menjalankan tugas tersebut, Perdana Menteri Caretaker turut menjalankan fungsi sebagai Kerajaan Caretaker.

Merujuk kepada Jabatan Peguam Negara, Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan secara khusus mengenai fungsi dan peranan Kerajaan Caretaker. Berdasarkan konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel, Kerajaan Caretaker hanya berfungsi untuk mentadbir negara sehingga satu kerajaan baharu dibentuk. Dalam hal ini, Kerajaan Caretaker boleh mengambil tindakan­ tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran Kerajaan. Waiau bagaimanapun, Kerajaan Caretaker tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan dasar yang boleh mengikat, atau mengambil apa-apa tindakan yang boleh memberi implikasi kewangan dan membebankan Kerajaan baharu yang bakal dibentuk, melainkan tindakan tersebut perlu dilaksanakan demi kepentingan awam (public interest).

caretaker

Bagi maksud itu, Kerajaan Caretaker boleh mengambil tindakan-tindakan seperti yang berikut:

  • menjalankan tugasan rasmi rutin termasuk menjalankan kuasa yang diberi di bawah undang-undang bagi memastikan jentera Kerajaan berfungsi;
  • mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan pentadbiran Kerajaan;
  • meneruskan pelaksanaan dasar dan program sedia ada yang mana peruntukan kewangan baginya telah disediakan seperti Program lmunisasi Kebangsaan (PICK), Pelan Pemulihan Negara dan juga bantuan lain sebelum tarikh Perdana Menteri meletakkan jawatan;
  • membuat apa-apa perjanjian, kontrak dan aku janji yang mana dasar telah diluluskan oleh Kerajaan atau peruntukan mengenainya telah diluluskan oleh Parlimen seperti Belanjawan tahun semasa; dan
  • mengadakan dan menghadiri majlis-majlis rasmi yang telah dijadualkan bagi sesuatu projek atau program Kerajaan.

Sumber: Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Bin Ali, Ketua Setiausaha Negara

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us