Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Gajah Merupakan Haiwan ‘Spatial’, Mampu Ingat Tempat dan Kematian

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 May 2025, 03:25 PM

gajah merupakan haiwan ‘spatial’, mampu ingat tempat dan kematianFoto: Utusan

Gajah bukan sahaja terkenal dengan saiz tubuhnya yang besar, tetapi juga memiliki kebolehan luar biasa dari sudut memori dan emosi.

Menurut pakar hidupan liar, haiwan ini mempunyai keupayaan ingatan spatial yang sangat kuat, membolehkannya mengenal pasti lokasi-lokasi tertentu, walaupun telah lama tidak menjejakkan kaki ke situ.

Kebolehan ini menjadikan gajah antara haiwan yang memiliki daya ingatan paling tajam dalam dunia haiwan darat.

Memetik laporan Bernama, Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamhuri Jamaluddin berkata, keupayaan ini sangat penting dalam kehidupan seekor gajah kerana ia membantu mereka mengenal pasti lokasi air, makanan, serta kawasan yang pernah berlaku peristiwa penting dalam hidup mereka.

Malah, dalam konteks kajian dan pemuliharaan, ini menjadi satu aspek kritikal untuk difahami manusia.

Beliau menjelaskan bahawa kebolehan spatial gajah membolehkan mereka kembali ke tempat yang pernah dikunjungi, walaupun telah dipindahkan jauh dari kawasan tersebut.

Fenomena ini sering diperhatikan dalam kajian pemantauan pergerakan gajah liar, termasuk dalam projek kerjasama antara UPM dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melalui inisiatif bertajuk “Pemantauan Pergerakan dan Analisis Gajah.”

Mengulas insiden seekor anak gajah yang maut akibat dirempuh lori muatan ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli baru-baru ini, Dr. Jamhuri tidak menolak kemungkinan bahawa ibu gajah terbabit akan kembali semula ke lokasi tersebut kerana mampu mengingati tempat berlakunya kehilangan anaknya.

“Gajah bukan hanya mempunyai ingatan kuat terhadap tempat, tetapi mereka juga memahami konsep kehilangan dan kematian. Tidak mustahil ibu gajah itu akan kembali ke lokasi tersebut dalam tempoh tertentu,” katanya ketika ditemu bual oleh media.

Beliau turut menambah bahawa sains masih belum sepenuhnya memahami bagaimana keupayaan ini terbentuk, namun pemerhatian terhadap tingkah laku gajah jelas menunjukkan emosi dan kecerdasan luar biasa yang mereka miliki.

Dalam banyak kes, gajah telah dilihat melawat semula rangka atau tempat kematian ahli kumpulan mereka, seperti satu bentuk penghormatan terakhir yang menggambarkan kesedihan.

Menurut Dr. Jamhuri lagi, hubungan antara gajah bukan sekadar berpaksikan biologi, tetapi juga emosi dan sosial. Seekor ibu gajah, misalnya, akan menjaga dan melindungi anaknya selama bertahun-tahun. Kesetiaan dan kasih sayang ini turut dikongsi sesama ahli kumpulan gajah yang lain, mencerminkan sifat empati yang sangat jarang ditemui dalam dunia haiwan.

Kejadian tragis yang berlaku pada Hari Ibu baru-baru ini benar-benar menyentuh hati rakyat Malaysia apabila seekor ibu gajah dilihat setia menunggu di sisi anaknya yang sudah tidak bernyawa selepas tersepit di bawah lori. Ibu gajah itu juga dilihat cuba mengangkat anaknya yang terbaring, seolah-olah tidak mahu menerima hakikat kehilangan.

Rakaman insiden itu tular di media sosial, sekaligus mencetuskan gelombang simpati dan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga habitat haiwan liar. Banyak pihak turut mendesak agar langkah-langkah perlindungan dan pengurusan kenderaan berat di kawasan laluan haiwan diambil segera bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Dr. Jamhuri mengakhiri dengan menyeru kepada masyarakat supaya lebih peka terhadap kewujudan gajah di kawasan hutan simpan dan laluan mereka. Katanya, pemahaman terhadap keupayaan mental dan emosi gajah dapat membantu manusia menguruskan konflik manusia-haiwan dengan lebih berperikemanusiaan.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us