Tidak ramai yang mempunyai nasib yang baik dalam pekerjaan yang dilakukan. Ada yang ditawarkan dengan gaji yang sangat rendah, tidak berbaloi dengan pekerjaan yang dilakukan.
Begitu jugalah yang pernah terjadi kepada seorang jurutera dari Malaysia ini, Ir Abdul Rahman Bahasa, selepas ditawarkan gaji yang sangat rendah ketika bekerja sebagai Project Engineer.

Menurut perkongsian beliau di Facebook, pada awalnya beliau hanya ditawarkan gaji permulaan sebanyak RM1,800 di sebuah syarikat selaku Project Engineer. Beliau menerima tawaran itu namun selepas hampir setahun bekerja, skop kerjanya mula bertambah.
Beliau terpaksa melakukan pelbagai kerja-kerja yang berada diluar skop pekerjaannya, membuatkan dia inginkan pulangan gaji yang setimpal selepas hampir setahun berada disitu.

Bagaimanapun, pihak pengurusan membalas emailnya dengan menaikkan gaji sebanyak RM2,000, iaitu pertambahan RM200 daripada gajinya sebelum ini.

Masih tidak berpuas hati dengan kenaikkan itu, belliau cuba membuat tawaran dengan kenaikkan sebanyak RM900, namun ditolak mentah-mentah oleh pihak pengurusannya sambil menasihatkannya untuk berhenti jika tidak berminat.


Terkesan dengan balasan email sedemikian, lelaki ini membalas email dengan menerangkan prosedur yang pihak syarikat perlu hadap sekiranya melantik pekerja baru bagi menggantikan tempatnya disitu.

Ekoran daripada email 'sekolahkan' bosnya itu, pihak atasan setuju untuk menawarkan gaji sebanyak RM2,600 berbanding gaji awalnya hanya pada RM1,800 sahaja.

Perkongsian oleh lelaki ini mendapat ribuan share dan komen di Facebook.
Sumber: Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.