Baru-baru ini tular tentang kisah ‘Nasi Berlauk Lockdown’ yang dijual oleh Siti Suhada pada harga serendah RM1.50 sebungkus di Kampung Alor Tal menarik perhatian penduduk setempat.
Oleh itu, penyampai radio Gegar Pagi, Shah dan Mek Zura akan menaja 100 bungkus ‘Nasi Bungkus Lockdown’ kepada pelanggan Siti Suhada Salleh.
Sebagai tanda sokongan kepada Siti Suhada ataupun nama panggilannya Kak Su, 100 bungkus ‘Nasi Berlauk Lockdown’ akan diberikan secara percuma kepada pelanggan terawal.
Pengurus Kandungan Gegar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham berkata inisiatif Kak Su menjual nasi berlauk dengan harga yang sangat rendah telah menawan hati Gegar Pagi.
“Nasi Bungkus berlaukan gulai ayam, gulai ikan dan ayam goreng serta nasi lemak dijual dengan harga RM1.500 sejak Pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (lockdown) pada awal bulan ini.
“Siti Suhada merupakan seorang ibu tunggal yang memahami kepayahan penduduk di kampungnya dan tidak kisah menjual nasi berlauk dengan harga yang sangat murah.
“Penyampai Gegar, Shah dan Mek Zura dari Gegar Pagi akan menaja 100 bungkus ‘Nasi Berlauk Lockdown’ kepada pelanggan Siti Suhada.
“Siti Suhada ketika dihubungi pagi tadi berkata, apabila dia masih ada keuntungan walaupun menjual nasi berlauk dengan harga murah, itu yang menjentik hati kami.
“Oleh itu penyampai Gegar Pagi mengalukan Penduduk Kg Alor Tal untuk berkongsi rezeki ‘Nasi Berlauk Lockdown’ secara percuma Sabtu ini melalui agihan dari Siti Suhada,” katanya.
Sebelum ini, menerusi panggilan telefon bersama Gegar Pagi, Siti Suhada turut berkata selepas dua minggu menjaja dengan motosikal, Kak Su menukar kaedah jualan dengan membuka meja supaya pelanggan dapat datang secara berterusan.
Tambahnya lagi, ketika ini dia tidak dapat keluar bekerja jadi dia mempunyai banyak masa terluang, oleh itu Kak Su memanfaatkan waktu yang ada untuk mencari rezeki dengan cara berniaga.
“Saya mula memasak jam 11 malam. Mulai jam 3 pagi, saya dan adik memulakan kerja membungkus nasi yang ditempah pelanggan sebelum bersambung jam 7 pagi sebaik gerai kecil di hadapan rumah dibuka,” katanya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.