
Oleh Feyra Nasrom Sumber abangterlajaklaris
Perasan tak kalau beli kasut atau beg baru, benda alah ni mesti ada kan? Ini namanya Gel Silica yang berfungsi untuk mengurangkan kadar kelembapan. Jadi, jangan buang tau, biarkan je bahan ni ada dalam kasut, beg baru korang okay!
Untuk pengetahuan semua, kegunaan Gel Silica ada banyak tau, ini antara Gel Silica yang korang tak tahu:
1)Gel silica boleh menghilangkan bau hapak dalam rak kasut , beg dan sebagainya.
2) Telefon pintar terjatuh dan terendam dalam air? Jangan risau, letakkan sahaja dalam bekas yang diisi penuh dengan gel silica
3)Kalau korang ada gamabr-gamabr lama yang disimpan, pastikan gambar tersebut tidak melekat dengan meletakkan paket gel silica dalam kotak gambar lama yang disimpan okay!
4) Taknak kasi pisau cukur korang cepat berkarat? Simpan bersama Gel Silica okay!
5) Bedak asas jadi keras? Korang letakkan beberapa paket gel silica dalam beg make up korang . Tengok hasilnya !
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.