Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mendedahkan, Gua Musang di Kelantan antara salah satu lokasi yang sering berlakunta insiden kemalangan melibatkan tren dengan haiwan.

Empat lokasi lain pula adalah Labu dan Jempol (Negeri Sembilan), Bera (Pahang) dan Tapah (Perak).
"Sepanjang Januari hingga September tahun ini, sebanyak 70 kes tren melanggar haiwan ternakan penduduk seperti lembu, kerbau dan kambing sepanjang laluannya di seluruh jajaran KTMB di Semenanjung Malaysia.
"Pada tahun lalu, sebanyak 121 kes tren melanggar haiwan ternakan berlaku dari Januari hingga Disember," kata Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad 'Asri Khalbi.
Bagi mengelakkan insiden ini daripada terus berlaku, pihak KTMB telah bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi bertemu dengan penternak di lokasi-lokasi ‘panas’ ini.
Beliau berkata, meskipun nasihat sudah diberi kepada penternak agar tidak melepaskan haiwan ternakan mereka sesuka hati, namun masih ada yang berdegil, hingga membahayakan penumpang dan kerosakan pada tren.
Disebabkan insiden kemalangan ini jugalah, tren terpaksa diperlahankan sekiranya melalui kawasan-kawasan panas ini untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan.
Terbaru melibatkan insiden kemalangan antara gajah dengan tren di Kuala Krai pada 15 September lalu.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.