Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Hanya Orang Yang Pernah Naik Bas Zaman 90-an Je Pernah Lalui 5 Perkara Ni

Dulu memang stress, tetapi sekarang kalau ingat balik boleh tersenyum seorang.
Editor
17 Jan 2019, 11:28 AM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Korang selalu naik bas? Korang pernah tak naik bas zaman 90-an terutamanya bas berhenti-henti? Kalau pernah, korang mesti boleh relate dengan 5 perkara ni.   

#1 Tiket

Kalau korang naik bas ekspres, tiketnya cuma boleh dibeli di kaunter dan hanya boleh beli sehala. Yang naik bas berhenti-henti tu pula, akan ada konduktor di dalam bas yang akan tentukan bayaran tiket berdasarkan destinasi korang. Konduktor inilah juga yang selalu akan jerit “Belakang lagi, ada orang nak naik” setiap kali bas penuh.  

#2 Nak berhenti kena tekan loceng

Bas sekarang hanya berhenti di lokasi yang dah ditetapkan, tetapi bas dahulu berhenti di mana-mana sepanjang laluan perjalanan. Siapa yang nak turun, kenalah tekan loceng. Selalu juga terjadi loceng rosak tak berbunyi walaupun dah ditekan sekuat hati, terpaksalah berlari tak cukup tanah ke depan semata-mata nak minta driver berhenti.

#3 Tiada penghawa dingin

Kena pula naik bas tengah hari waktu matahari atas kepala, berpeluh-peluh. Lagi stress bila tingkap jemmed, tak boleh buka. Terpaksalah duduk di dalam bas dengan peluh merecik dan tahan dengan macam-macam bau.

#4 Tiada masa spesifik

Selalu tak kita tunggu punya tunggu tetapi bas yang nak dinaiki tak kunjung tiba? Katanya sebuah bas akan lalu setiap setengah jam, tetapi kenapa ada masanya kita perlu menunggu sehingga dua jam? Ish! Memang boleh ‘berjanggut’ lah tunggu bas.

#5 Makcik kacang putih

Hampir setiap kali sebelum bas bergerak atau ketika berhenti mengambil dan menurunkan penumpang, akan ada beberapa makcik yang akan naik ke atas bas dengan membawa sebakul makanan termasuk kerepek dan kekacang. Ada juga yang jual air dan kuih muih. Bolehlah mengunyah sepanjang perjalanan, kan?

Tetapi itu dulu, sekarang sistem pengangkutan awam kita dah canggih! Sebut je nak pergi ke mana-mana di Semenanjung Malaysia, semua pun boleh. Bas pun selesa, ruang tempat duduk dan tempat letak kaki yang luas, bas berpenghawa dingin, sesetengahnya boleh pilih nak tempat duduk double atau single dan paling best boleh book tiket pergi balik secara online! Macam bas Ekpres Perdana!

 hanya orang yang pernah naik bas zaman 90-an je pernah lalui 5 perkara ni

Korang yang plan nak melancong dalam Malaysia tu, bolehlah naik bas Ekspres Perdana. Ekspres Perdana bukan je selesa tetapi menyediakan 10 trip harian dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Bas ini turut mempunyai laluan ke Kota Bharu dari Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Melaka dan Johor Bahru.

hanya orang yang pernah naik bas zaman 90-an je pernah lalui 5 perkara ni

Korang juga boleh book tiket di sini. Nak tau info lanjut tentang bas ni, korang boleh layari website dan klik je di sini! Memang terbaiklah!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}