Artikel ini ditaja oleh Goodday
Kredit: Goodday Milk Malaysia
Selamat Hari Susu Sedunia!
Eh anda tahu tak 1 Jun baru-baru ini adalah hari susu sedunia?
Yup! Hari Susu Sedunia disambut pada 1 Jun yang bertujuan menghargai susu sebagai sumber makanan penting dan mudah diakses oleh berbilion pengguna di seluruh dunia.
Ye lah, daripada sekecil budak hingga lah atuk dan nenek kita minum susu kan! Nutrien penting yang menyokong kesihatan tulang, pertumbuhan dan fungsi imunisasi. 💪
Lori Susu Goodday Ke Pantai Timur! Sekotak Susu, Sepenuh Kasih!
Kredit: Goodday Milk Malaysia
Sempena Hari Susu Sedunia, Goodday membawakan kempen Kotak Kasih: Sekotak Susu, Sepenuh Kasih, misi untuk memudahkan akses kepada susu berkhasiat untuk keluarga di Pantai Timur.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan susu Goodday untuk menyokong gaya hidup sihat dalam kalangan keluarga Malaysia, selari dengan tagline 👉 Gaya Hidup Sihat, Semudah Ini.
Di Mana Lokasi Kotak Kasih Goodday?
Kredit: Goodday Milk Malaysia
Haa kalau nak tahu sepanjang bulan Jun, trak Goodday akan menjelajah ke bandar-bandar di beberapa lokasi sekitar Pantai Timur!
Antara lokasi yang terlibat termasuklah Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Dungun.
Untuk lokasi dan tarikh, boleh dapatkan info di 👉 Facebook & Instagram THR GEGAR
Tapi apa je yang ada dekat lokasi tu nanti?
Jangan tak percaya Goodday akan menawarkan susu pasteur Goodday 1L pada harga serendah RM4 saja. Yup RM4!

Kredit: Goodday Milk Malaysia
Goodday menawarkan pada harga serendah mungkin untuk semua komuniti dan warga Pantai Timur menikmati nutrisi susu!
Inisiatif ini membantu menjadikan pilihan berkhasiat lebih mudah diakses.
Team THR Gegar Pun Turun! Banyak Hadiah Menarik Boh!
Kredit: Goodday Milk Malaysia
Menariknya kempen ni, selain Goodday, team THR Gegar pun akan turut sama sertai jelajah ni tau! Ada banyak aktiviti dan hadiah sehingga RM10,000 untuk anda menangi 😉
Paling best team THR GEGAR nak bagi sampel percuma Goodday Charge 200ml yang diperkaya dengan MULTIPRO 10 nutrien penting untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
Kotak Kasih Sampai ke Rumah Anak Yatim 🏠
Sebut tentang THR GEGAR, menerusi pengumuman radio dan media sosial THR GEGAR sebelum ini, rakyat Malaysia telah mencalonkan beberapa rumah anak-anak yatim dan komuniti kurang berkemampuan di kawasan pantai timur untuk menerima kotak-kotak susu Goodday.
Ini inisiatif Goodday untuk menyebarkan dan berkongsi kebaikan susu Goodday.
Jadi jangan lepaskan peluang temui trak Goodday dan team THR GEGAR di lokasi terpilih okay!
Info lanjut, layari 👉 gegar.my atau ikuti Goodday Milk Malaysia di Facebook dan Instagram!
Pssst…gunakan hashtag #KotakKasih, #SekotakSusu dan #HariSusuSedunia untuk sertai gerakan ini okay! Gayo hidup sihak, semudoh ni denge susu Goodday!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.