Mungkin ramai antara kita yang suka melihat diri sendiri kedalam cermin. Ia bagaikan satu perkara wajib setiap kali melalui cermin yang memantulkan wajah kita.
Namun tahukah anda tindakan sering memeriksa diri di cermin merupakan satu sindrom yang dikenali sebagai ‘Body Dsymorphic Disorder’ atau BDD.
BDD boleh menyebabkan seseorang mempunyai perbuatan atau fikiran berulang kali terhadap keadaan fizikal yang dianggap kurang.
Antara gejala BDD adalah:
- Selalu melihat cermin berulang kali
- Berlebih-lebihan dalam berpakaian
- Sering menguntil kulit bertujuan bagi melicinkannya
- Sering membandingkan fizikal diri dengan fizikal orang lain.
Menurut laman rasmi Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, jika anda mempunyai mana-mana dari gejala diatas, sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari pakar psikiatri di klinik atau hospital berdekatan anda.
Sumber: Twitter KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.