Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Tanda Baru Jangkitan COVID-19: Hilang Selera Makan & Hilang Deria Bau

Ia adalah berdasarkan kajian awal oleh Jurnal The Lancet
Editor
24 Mar 2020, 10:47 AM

Sekumpulan pakar telah membuat kesimpulan awal bahawa hilang selera makan dan juga deria bau kini menjadi antara gejala baru kepada wabak COVID-19, lapor Sinar Harian.

hilang selera makan dan deria bau antara tanda baru jangkitan covid-19

Ia berikutan ada pesakit COVID-19 yang tidak mempunyai simptom batuk atau demam, dan Persatuan Otorinolaringologi British mengatakan bahawa ia tanda-tanda baharu yang mungkin ditunjukkan oleh pesakit.

Memetik juga laporan dari Public Health England, analisis yang dilakukan adalah berdasarkan kes di Hospital Jinyintan dan Hospital Pulmonari Wuhan selepas 31 Januari melibatkan 191 pesakit.

Menurutnya lagi, pesakit yang membawa virus COVID-19 berkemungkinan akan melalui proses seperti berikut:

Hari pertama - Pesakit mengalami demam dan keletihan, sakit otot dan batuk kering.

Sebahagian kecil mereka turut mengalami cirit-birit atau mual satu hingga dua hari.

Hari kelima - Pesakit yang lebih berusia atau mempunyai masalah kesihatan berkemungkinan akan mengalami kesukaran untuk bernafas (dyspnea).

Gejala ini akan berlaku selepas dua hingga 14 hari selepas mengalami simptom demam, batuk dan sesak nafas.

Hari ketujuh - Pada masa ini pesakit yang menunjukkan tanda-tanda keletihan akibat dyspnea perlu dimasukkan ke hospital dan mendapatkan perhatian perubatan sekiranya keadaannya berterusan sehingga menyebabkan bibir atau wajah mereka kebiruan.

Hari kelapan - Pesakit yang mengalami kes-kes yang teruk akan menunjukkan tanda-tanda sindrom kesukaran pernafasan akut (ARDS) pada masa ini, di mana paru-paru tidak dapat memberikan oksigen yang mencukupi kepada organ penting badan.

Hari kesepuluh - Pesakit akan mengalami masalah pernafasan yang lebih teruk dan perlu dimasukkan ke unit penjagaan rapi.

Hari kedua belas - Pada tahap ini demam akan mula berkurangan, bagaimanapun pesakit akan mengalami batuk yang lebih lama.

hilang selera makan dan deria bau antara tanda baru jangkitan covid-19

Bagaimanapun kajian yang lebih lanjut perlu dijalankan bagi menyokong keputusan kajian awal yang dilakukan ini.

Tambah lagi, sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Sinar Harian / Jurnal The Lancet

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}