Oleh Feyra Nasrom Sumber Azlia Al Hayahuddin
Lepas ni dah tak payah beli tauhu lat kedai atau mana-mana pasaraya sebab mudah je kalau buat sendiri. Korang guna 3 bahan ni je dah boleh dapat 63 biji tauhu tau.. Jom kita usha sikit resepi dan cara yang dikongsikan Azlia Al Hayahuddin kat bawah ni :
Bahan-Bahan yang diperlukan :
1)3kg kacang soya
2)18 liter air
3)45gm GDL (Glucono Delta Lactone) – ini merupakan serbuk yang akan mengeraskan tauhu
Cara memasak:
1)Korang pilih kcang soya, cuci dan rendam selama 5 jam

2)Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Kemudian, tapis susu soya
3)Korang masak susu soya hingga mendidih tau
4) Bancul GDL dengan air di bekas berasingan
5) Korang tuang susu soya yang mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dahulu dan biarkan ia beku selama 15 minit.
6) Jangan lupa sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain okay! Korang boleh dapat dalam 64 biji tauhu tau, kena guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak. Ukuran 8 petak x 8 petak

7)Tuang tauhu ke dalam pencetak dan korang ratakan okay.
8) Kemudian tutup kain dan tekan dengan pemberat.
9) Lepas 1 jam, korang keluarkan tauhu dan potong. Yang penting , rendam dalam air bersih ya.

Tips Tambahan:
- Jangan sesekali rendam kacang soya lebih dari 5 jam. Kenapa tak boleh lebih dari 5 jam? Sebab ia akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.
-Jangan bagi ia ngam dengan paras kacang soya. Kacang tidak akan mengembang dan susu soya pula tidak akan dapat banyak bila diperah.
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.