Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Ibu meraung tepi jalan lihat anak putus kaki lepas langgar Hilux

Ibu meraung menangis melihat anaknya putus kaki selepas rempuh kereta Hilux
Abdul Muadzar Azizan.
07 May 2024, 02:46 PM

ibu meraung tepi jalan lihat anak putus kaki lepas langgar hilux

Akibat buat pusingan U secara tiba-tiba, seorang penunggang motosikal yang merupakan pelajar sekolah putus kaki kira apabila merempuh sebuah kereta jenis Toyota Hilux di Jalan Budiman di sini semalam. 

Kejadian menyedihkan ini menimpa Muhammad Adam Muqlis Abdul Aziz, 18, berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Skeikh Abdu Malek di sini pada pukul 6.50 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca selepas kenderaan Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 23 tahun dikatakan tiba-tiba membuat pusingan U di hadapan SMKA Sheikh Abdul Malek.

“Mangsa yang menunggang Motosikal Honda EX5 dari arah lampu isyarat Jalan Budiman tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan Toyota Hilux terbabit”.

“Kesan rempuhan itu menyebabkan mangsa cedera parah sehingga kaki kirinya putus di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. 

Azli berkata, Muhammad Adam telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk menerima rawatan.

Beliau berkata, pemandu kenderaan Toyota Hilux tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah memberi keterangan berhubung kemalangan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan ibu kepada Muhamad Adam meraung di tepi jalan sewaktu melihat keadaan anaknya yang menahan kesakitan akibat kemalangan tersebut. 

Sumber : KOSMO! ONLINE

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us