Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Kejam! Ibu Tergamak Tikam Anak Berusia 7 Tahun Kerana Sepahkan Rumah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
27 May 2025, 11:12 AM

kejam! ibu tergamak tikam anak berusia 7 tahun kerana sepahkan rumahFoto sekadar hiasan

Seorang wanita muda berusia 26 tahun, Llovana Torres, kini berdepan pertuduhan serius selepas dipercayai menikam anak lelakinya yang baru berusia tujuh tahun hanya kerana berang melihat keadaan rumah yang bersepah.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian mengejutkan itu berlaku pada awal pagi 17 Mei lalu di kediaman mereka yang terletak di Chicago, Amerika Syarikat.

Menurut keterangan dalam dokumen mahkamah, Torres dikatakan terjaga dari tidur dan mendapati rumah mereka berada dalam keadaan tidak teratur meskipun dia telah membersihkannya pada malam sebelumnya. Rasa marah yang meluap-luap menyebabkan dia bertindak di luar kawalan dengan memukul anaknya yang tidak berdosa itu.

Mangsa yang ketakutan dikatakan cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri dan bersembunyi di dalam kabinet dapur, tepat di bawah sinki.

Namun, tindakan itu tidak menghalang amarah si ibu. Torres, yang dikatakan semakin hilang pertimbangan, cuba menarik anaknya keluar dari tempat persembunyian tersebut, namun gagal.

Dalam keadaan marah dan kecewa, wanita itu dilaporkan mencapai sebilah pisau dan mula menikam secara rawak ke dalam kabinet tempat anaknya bersembunyi.

Jeritan anaknya yang menjerit "aduh" menandakan bahawa tikaman tersebut telah mengenai tubuhnya. Torres kemudiannya membuka kabinet dan mendapati anaknya mengalami pendarahan serius akibat tikaman berkenaan.

Tanpa menunggu ambulans, Torres membawa anaknya ke rumah ibunya yang merupakan nenek kepada mangsa yang tinggal di bangunan yang sama. Di sana, nenek mangsa terkejut apabila melihat kecederaan parah pada bahagian perut cucunya, sehingga isi perutnya dikatakan terkeluar akibat tikaman tersebut.

Menurut laporan, seorang ahli keluarga turut mendengar Torres mengaku bahawa dia mengugut untuk menikam anaknya sekiranya tidak keluar dari tempat persembunyian.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan segera. Pihak hospital melaporkan bahawa keadaannya kini stabil, namun kecederaan yang dialaminya sangat serius dan boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat segera.

Pihak berkuasa telah menahan Llovana Torres dan mendakwanya atas tuduhan cubaan membunuh serta penderaan ke atas kanak-kanak. Kes ini menarik perhatian masyarakat setempat serta mencetuskan perbincangan hangat mengenai isu tekanan mental dalam kalangan ibu bapa muda dan kegagalan sistem sokongan komuniti dalam menangani masalah emosi yang tidak terkawal.

Ramai pihak menggesa agar kesihatan mental dalam kalangan ibu bapa diberi perhatian yang lebih serius, terutama dalam situasi tekanan hidup yang boleh mendorong seseorang bertindak di luar batasan.

Dalam masa yang sama, kes ini juga menekankan kepentingan campur tangan awal dalam kes penderaan domestik bagi melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa keganasan dalam keluarga mereka sendiri.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us