
Kredit: syu islamiah via mahn
Sekarang ni musim durian, rugi kalau tak manfaat kan durian dalam pelbagai makanan.. salah satu contoh adalah Aiskrim durian. Original memang perisa durian !! Jom tengok kat bawah ni macam mana nak buat aiskrim durian ni :

Bila dah byk sgt durian, tempoyak dah buat, kuih2 pun dah buat so kita buat ice cream durian pulak la sbb kalau nak beli 1 scoop pun dah rm8 harganya. Ni dah kali kedua saya buat n rasanya memang yummy lemak berkrim
😋
😋
😋.
Senang je caranya, pakai blender je pun boleh.
Bahan2:
1 cawan isi durian ( nak letak lebih pun lg sedap)
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat (kalau suka manis boleh tambah)
1 sudu besar ovalette (pastikan yg halal)- kalau tak ada boleh tukar pakai telur sebiji
Sedikit pewarna kuning
Blend semuanya hingga hancur dan sebati. Lepas tu saya pakai mixer utk kembangkan bg bertambah isinya. Muat la masuk dalam bekas ice cream 1.5L ni.
Selamat mencuba!
🤗
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.