Negara India telah mengambil langkah dengan menandakan individu yang disyaki dijangkiti COVID-19 dengan cop pada tangan.
Cop 'Home Quarantined' itu turut tertulis tarikh akhir pengasingan 14 hari mereka.
"Mereka yang perlu dikuarantin tetapi tidak mahu tinggal di hospital dan mahu pulang ke rumah, harus mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi," kata Ketua Menteri, Uddhav Thackeray kepada Indian Express.
"Mereka tidak boleh berkeliaran dengan bebas. Mereka harus mengikuti proses kuarantin dengan ketat, " katanya.
Bandar Mumbai merupakan bandar terpadat dengan populasi 18 juta orang, menyebabkan penularan wabak COVID-19 ini mudah dijangkiti sekiranya penduduk disana tidak mengambil langkah kuarantin yang sepatutnya.
Setakat ini, 4 orang sudahpun ditahan pihak berkuasa selepas ingkar dengan arahan kuarantin, berdasarkan cop pada tangan mereka.
Langkah mengenakan cop pada tangan dibuat selepas pakar meluahkan rasa bimbang negara dengan 1.3 bilion penduduk itu boleh menjadi pusat global wabak berkenaan pada masa depan.
Untuk rekod, India mempunyai 194 kes positif COVID-19 dengan jumlah kematian setakat ini sebannyak 4 orang mangsa.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.