Segalanya yang kita buat pasti menggunakan tangan. Nak makan guna tangan, nak memandu guna tangan, basuh pinggan guna tangan semua lah !
Tak dinafikan bila cuaca terlalu panas kulit kita juga jadi mangsa. Kulit akan jadi kering dan mengelupas terutama tangan. Selain daripada itu, apa penyebab kulit tangan mengelupas eh ?
1. Terlalu banyak mencuci
Sabun basuh pinggan dan sabun basuh baju paling kuat untuk buatkan kulit tangan kita kering dan mengelupas. Terutama sabun basuh jenis serbuk. Jadi, kalau korang jenis selalu buat kerja rumah, rajinkan pakai sarung tangan waterproof untuk basuh pinggan. Elakkan tangan kena sabun secara direct.
2. Kekurangan Vitamin C
Vitamin C sangat diperlukan oleh kulit kita. Kalau korang jenis kulit kering banyakkan ambil makanan yang mengandungi Vitamin C seperti buah-buahan dan supliments yang disahkan okay ?
Sumber: Wow menariknya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.