Oleh Ezaura Rafe. Sumber Hanasuva
Wanita akan nampak matang apabila usianya mencecah 25 ke atas..Wanita juga akan nampak lebih cantik dan bergaya pada usia itu..
Wanita juga dipercayai lebih cepat matang berbanding lelaki, dan jesteru itu, wajah wanita akan lebih cepat tua berbanding lelaki. Kenapa ya? Antaranya seperti dibawah...
1. Kelenjar minyak lelaki lebih banyak
Kelenjar minyak yang ada pada lelaki lebih banyak berbanding wanita. Semakin banyak kelenjar minyak, semakin lambat seseorang itu mengalami penuaan. Jadi disebabkan kelenjar minyak lelaki lebih banyak, penuaan yang akan berlaku pada lelaki akan kurang berbanding wanita.
2. Putus Haid atau menopause
Apabila usia kita semakin meningkat, jumlah hormon estrogen akan menjadi semakin sedikit. Apabila wanita mengalami menopause, tahap hormon estrogen akan menurun, ia membuatkan kulit lebih kusam, muncul kedutan dan hilang rona segar pada wajah.

3. Wanita Mudah Stress
Jika nak dibandingkan tugas lelaki dan wanita, wanita lebih banyak berfikir dan lebih banyak tanggungjawab berbanding lelaki. Antaranya bekerja, jaga anak, dan tidak ketinggalan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
4. Penyusutan Tulang
Kajian menunjukkan, wanita lebih mudah mengalami osteoporosis berbanding lelaki. Penyusutan tulang juga terjadi lebih cepat pada wanita. Ia membuatkan wajah akan kelihatan lebih kecil dan kulit mengendur.
Mungkin sebab itu, ramai wanita lebih inginkan lelaki yang lebih berusia berbanding mereka.
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.