Jika anda perasan, bahagian beku pada kebanyakkan jenis peti sejuk tidak mempunyai lampu, berbanding dengan bahagian bawah peti.

Mengapa ia terjadi?
Rekaan peti sejuk secara umumnya tidak mempunyai lampu pada bahagian beku kerana ia sesuai dengan konsep penjimatan.

Menurut seorang profesor ekonomi di Universiti Cornell, Robert H. Frank berkata, kos untuk memasang lampu pada bahagian beku adalah sama dengan bahagian bawah peti sejuk, walaupun ruangannya adalah lebih kecil.
Tambah lagi, kajian mendapati kekerapan untuk membuka bahagian beku juga adalah kurang, berbanding dengan bahagian bawah.
Menurut pakar pembuatan barangan elektrik dan kelengkapan rumah, Ed Dougherty berkata, kehadiran cahaya dalam ruangan ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi makanan yang disimpan dalamnya.
Oleh sebab itu, bahagian beku biasanya tidak mempunyai lampu, berbanding dengan bahagian bawah peti sejuk.
Sumber: Reader Digest
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.