Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Issey Angkat Isu Buli Dalam Teater, Tegas Ia Demi Solidariti Bukan Sensasi

ROSTAM, Mohamad Firdaus
25 Aug 2025, 10:55 AM

issey angkat isu buli dalam teater, tegas ia demi solidariti bukan sensasiFoto: Instagram

Pelawak dan penyampai radio terkenal, Issey Fazlisham, menegaskan bahawa pementasan teater terbarunya yang mengangkat isu buli bukanlah usaha untuk menunggang isu sensasi, sebaliknya merupakan tanda solidariti terhadap gejala sosial yang semakin membimbangkan.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Husin, 35, berkata pementasan bertajuk Teater Dalam Penjara yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini sempena Makar Fest 2025 di Johor adalah ruang terbaik untuk mengingatkan masyarakat mengenai bahaya serta impak buruk perbuatan buli.

“Bukan niat untuk menunggang isu ini kerana pada saya, ia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Jika kita tidak ke depan untuk menceritakannya, kita akan ketinggalan. Mengapa saya tidak berkongsi sedangkan saya mempunyai ruang yang baik?

“Kalau tidak diberi ruang, kita perlu cari peluang agar dapat melaksanakan tanggungjawab sosial ini. Apa erti kemerdekaan jika kita masih terbelenggu dengan budaya jenayah buli? Melalui pementasan ini, saya mahu mengajak orang ramai untuk bersama-sama menolak buli kerana ia bukan budaya kita,” katanya pada sidang media Makar Fest 2025 di Blvckdoor Space, hari ini.

Teater arahan pengarah berpengalaman, Sabri Yunus, terbitan Red Bean Productions itu bakal dipentaskan di KotaJail, lokasi bersejarah yang merupakan bekas penjara ketiga tertua di Malaysia.

Menurut Issey, kelainan utama pementasan ini ialah ia akan berlangsung dalam sel penjara sebenar, sekali gus memberikan pengalaman yang cukup unik kepada penonton.

“Keistimewaan teater ini adalah ia dipentaskan di KotaJail yang sudah berusia lebih 100 tahun. Dahulunya, penjara ini menempatkan ramai banduan sebelum dihentikan operasinya pada tahun 2015. Baru-baru ini ia dibuka semula dan dinaik taraf sebagai destinasi pelancongan.

“Justeru, pementasan ini memberi peluang kepada pengunjung festival untuk merasai suasana berada di dalam sel yang suatu ketika dahulu menjadi tempat banduan menjalani hukuman,” jelasnya.

Selain Issey sendiri, barisan pelakon lain yang akan memantapkan pementasan itu termasuklah Ammar Titan, Angeline Tan, Ain Sufia dan Sabri Yunus.

“Kami merancang untuk mementaskan Teater Dalam Penjara selama dua hari, namun setakat ini tarikh yang sudah disahkan ialah pada 30 Ogos sebelah petang. Apa yang menjadikan ia istimewa adalah kerana ini merupakan pementasan teater di penjara sebenar yang pertama kali diadakan di Malaysia,” katanya lagi.

Selain pementasan teater, Makar Fest KotaJail 2025 yang berlangsung dari 29 Ogos hingga 1 September turut dimeriahkan dengan pelbagai acara lain seperti pertandingan nyanyian, tarian, grafiti, malam kebudayaan serta Pesta Makar Fest (Indie Band).

Festival itu dibuka secara percuma kepada pengunjung yang ingin masuk ke KotaJail dan menikmati pelbagai aktiviti termasuk jualan barangan serta makanan. Bagaimanapun, tiket bagi menyaksikan Teater Dalam Penjara akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber: HibGlam

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us