Sebuah jambatan yang viral terletak di Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian, Kelantan terpaksa ditutup sementara bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Jambatan Denai Sungai Pengkalan Datu menjadi lokasi tumpuan pelancongan baru di negeri terbabit sejak sebulan lalu, kini ditutup sementara atas arahan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, sehingga 6 Januari tahun depan.

Notis pemberitahuan penutupan sementara jambatan itu juga diletakkan di lima laluan dan pintu masuk jambatan sepanjang 820 meter itu, antara Kg Pulau Tengah sehingga Pengkalan Demit.

Penduduk sekitar juga menyokong penutupan sementara jambatan berkenaan susulan trend peningkatan kes COVID-19 di negeri ini, khususnya di Bandar Baharu Kubang Kerian.
Jambatan berkenaan menjadi lokasi tumpuan ramai untuk beriadah, selain merakamkan permandangan indah di atas jambatan yang dibina daripada batang pokok nibong.

Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.