Ramai yang tak kisah pun kalau kucing datang bermanja siap menjilat lagi. Itu dianggap sebagai tanda kasih sayang, lagi-lagi kalau kucing nak main mesti akan mencakar serba sedikit tapi kadang kala ada yang hingga terluka dan calar sedikit sana sini.
Jika korang kena cakar atau gigit dengan kucing kesayangan atau kucing menjilat tubuh kita yang kebetulan ada luka di atasnya, sebenarnya ada risiko dan bahaya yang bakal dihadapi. Menurut Facebook Public Health, kucing adalah pembawa sejenis bakteria yang dinamakan Bartonella henselae.
Apabila kucing menjilat luka atau mencakar anda, air liur kucing yang dicemari dengan bakteria ini boleh masuk ke tubuh anda lalu menyebabkan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Cat Scratch Fever. Dalam tempoh 3 hari -14 hari, luka akan kelihatan merah, bengkak dan panas. Ia mungkin bernanah dan menyakitkan.
Kelenjar di kawasan luka akan membengkak dan anda mungkin ada demam sehingga mengigil, merasa lemah, hilang selera makan dan sakit kepala. Dalam kes yang lebih serius (jarang berlaku), jangkitan ini boleh mengakibatkan jangkitan organ lain seperti mata, otak dan jantung.
Kanak kanak dan golongan yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah adalah golongan berisiko tinggi. Di US, setiap tahun 15 ribu individu di jangkiti dengan penyakit ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang luka , elakkan dari di jilat kucing. Jika anda di cakar kucing pastikan luka di basuh segera dengan air sabun.
Dapatkan pemeriksaan segera jika luka melarat.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.