Banyak petua orang dulu-dulu yang masih menjadi amalan sehingga ke hari ini, meskipun ada yang tidak ditentu sahkan keberkesanannya dari sudut sains dan kesihatan.
Antaranya, petua memberi bayi minum air rebusan nasi atau air kanji sebagai tambahan kepada susu anak-anak.
Menerusi satu perkongsian oleh Dr Imelda Balchin, amalan memberikan air kanji kepada bayi adalah tidak digalakkan sama sekali kerana air daripada rebusan nasi ini hanyalah mempunyai karbohidrat dan tidak cukup protein buat bayi membesar dengan sihat.
Tambah lagi, disebabkan amalan memberi air rebusan nasi ini lah ramai bayi yang mengalami masalah tumbesaran atau terbantut, sehinggakan kerajaan Indonesia terpaksa melakukan kempen air susu ibu kepada rakyatnya supaya mereka berhenti memberi air kanji kepada bayi.
Menurut Dr Imelda lagi, amalan dan petua zaman dahulu mungkin sesuai diamalkan ketika zaman itu sahaja, dan bukannya untuk zaman sekarang.
Sumber: Facebook Dr Imelda Balchin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.