Seorang kanak-kanak dibawa oleh keluarga ke kecemasan hospital kerana dikhuatiri termakan paku. Kanak-kanak tersebut mengalami sakit perut dan menangis tidak henti.
Imbasan xray mendapati paku tersebut telah sampai ke bahagian perut.
Pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan paku tersebut. Kanak-kanak tersebut cacat seumur hidup kerana parut di perut.
Ini adalah contoh kejadian yang tidak diingini akibat kehadiran bendasing didalam makanan.
Untuk mencegah kejadian berisiko ini,
❌ Elakkan membeli makanaan yang di bungkus dan ditutup dengan menggunakan paku.
❌ Pengendali makanan disarankan untuk mengelakkan penggunaan paku pada bungkusan makanan.
❌ Jangan letak paku di kawasan tempat makanan seperti meja dapur atau tempat yang boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak.
Paku dianggap sebagai “food hazard” dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.