Adakah anda suka dengan lokasi tempat tinggal anda sekarang? Paling penting, adakah anda bahagia berada disitu?

Jika tidak, anda mungkin boleh berkira-kira untuk pindah ke salah satu daripada 10 bandar paling bahagia tahun 2019 ini.
Menurut PLANMalaysia, satu Kajian Indeks Kebahagian telah dijalankan daripada tahun 2013 sehingga 2019 melibatkan lebih 60,000 orang responden di seluruh Malaysia.

Hasilnya, 10 bandar telah dikenalpasti sebagai bandar paling bahagia pada tahun 2019 iaitu:
- Bandar Melaka
- Kuala Terengganu
- Seremban
- Kulai
- Taiping
- Kuantan
- Bentong
- Jasin
- Yan
- Jeli
Kajian berkenaan juga telah melihat kepada beberapa komponen utama iaitu;
(i) Tahap kehidupan dan kesihatan;
(ii) Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara;
(iii) Keseronokan bekerja;
(iv) Pengurusan kewangan;
(v) Hubungan dengan jiran;
(vi) Aktiviti bersama komuniti;
(vii) Keselamatan kawasan kediaman;
(viii) Kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan;
(ix) Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan; dan
(x) Kualiti alam sekitar.
Adakah anda berada dalam 10 bandar yang disenaraikan diatas?
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.