
Oleh Feyra Nasrom Sumber abangterlajaklaris
Jerawat pasir kebiasaannya tumbuh di muka dan juga di sekitar dahi serta pipi. Jadi untuk hilangkan jerawat pasir ini mudah sahaja, ada 3 tips yang korang perlu ikut. Jom baca kat bawah ni :
1)Tepung jagung dan Teh Hijau
Khasiat teh hijau adalah baik untuk kulit muka dan tepung jagung pula mampu menyerap lebihan minyak pada kulit wajah. Gabungan dua bahan ini akan membuatkan sel kulit mati tertanggal. Kulit akan nampak lebih bersih tau !
2) Oat dan yogurt
Oat juga boleh menanggalkan sel kulit mati dan yogurt akan melembutkan kulit wajah malah akan memutihkan wajah korang
3)Serbuk kopi dan lemon
Lemon pula berfungsi menanggalkan lebihan minyak pada kulit wajah danboleh memutihkan wajah korang. Kopi dan lemon akan terhasilnya skrub yang akan bertindak menanggalkan sel kulit mati dan juga menghilangkan jerawat pasir.
Cara-cara nak buat skrub senang aje, Pilih salah satu petua yang dinyatakan kat atas , korang campur je kedua bahan ini hingga jadi seperti skrub. Kemudian, sapu di bahagian kulit wajah dan pastikan korang gosok dengan perlahan. Cara ini akan membuatkan sel kulit yang mati tertanggal. Yang penting, jangan gosok dengan kasar kerana ia akan merosakkan liag pori wajah. Kemudian, cuci wajah korang dengan air bersih dan lap muka dengan perlahan mengunakan tuala. Nak skrub janganlah selalu tau, korang buat 2 minggu sekali aje okay.
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.