Banyak sebenarnya persoalan yang bermain di minda kita dalam kehidupan seharian. Antaranya, “Macam mana keadaan dari dalam tayar kereta ketika kita sedang memandu?”

Disebabkan itu, YouTuber Warped Perception telah merakamkan keadaan dari dalam tayar kereta dengan meletakkan sebuah kamera GoPro dan disambungkan kepada telefon pintar.


Ujian ini bermula selepas beliau diajukan soalan sedemikian daripada seorang peminat. Bagi melihat lebih jelas bagaimana keadaan dalam tayar semasa sebuah kenderaan sedang bergerak, beliau menggunakan kamera GoPro Hero 7, kabel USB, lampu LED dan bateri tambahan yang dipasangkan dalam tayar keretanya.
Hasilnya memang mengagumkan!


Video ini telah mendapat lebih 6.7 juta tontonan dalam masa beberapa hari ia dimuatnaik.
Sumber: Warped Perception
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.