
Kredit Puan Norzaiwi/ FB Mingguan Wanita
Pastikan roti yang diguna sudah tamat tempoh dan jangan dibuang terlebih dahulu kerana ia boleh digunakan untuk menyuburkan tanaman.
Ia, roti membantu untuk menghasilkan baja organik buatan sendiri malah boleh menyuburkan tanaman untuk lebih cepat berbunga.
Tips ini kami peroleh dari Puan Norzaiwi Ismail.. korang hanya perlukan 4 keping roti dan dua liter air aje..
Cara penyediaan:
- korang ambil 4 keping roti dan rendam dalam air selama 1 minggu..
- Selepas 1 minggu, tapis air tadi dan campur sedikit air lain sebelum disiram pada pokok.
Menurut puad Norzaiwi, sebaiknya kita menggunakan air hujan atau air paip yang ditadah dan dibiarkan semalaman. Kenapa? Sebabnya untuk menghilangkan klorin pada air tersebut. Korang boleh cuba tips ni , cuba siram setiap hari dan lihat apa hasilnya nanti yaa! Selamat mencuba !
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.