
Foto: Bernama
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan rekaan baharu bagi Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan. Rekaan ini menampilkan latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad dan motif abstrak gelombang di bahagian hadapan, serta Istana Negara dan motif abstrak flora di bahagian belakang. Kad ini direka untuk mencegah pemalsuan dan pengubahsuaian, serta tahan digunakan sehingga 10 tahun .
Namun, cetakan fizikal LMM versi terkini ini hanya diberikan kepada warganegara yang akan ke luar negara dan bukan warganegara. Pemohon biasa yang membuat pembaharuan lesen hanya akan menerima versi digital melalui aplikasi MyJPJ. Hal ini kerana tidak semua negara menerima lesen digital, sebagai contoh Singapura menerimanya, tetapi ada negara lain yang tidak . Oleh itu, pemohon yang ingin memandu di luar negara perlu mendapatkan lesen fizikal dan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) yang boleh dimohon di JPJ.

Foto: Bernama
JPJ juga sedang melaksanakan penambahbaikan secara berperingkat di 248 institusi memandu (IM) di seluruh negara. Ini termasuk memperbaiki garis panduan permohonan penubuhan IM baharu, menggalakkan pembangunan sistem eTesting dan Pusat Ujian Berkomputer KPP01, serta menambah baik operasi khas penguatkuasaan di IM.
Untuk maklumat lanjut mengenai lesen memandu baharu dan penambahbaikan lain, anda boleh merujuk kepada sumber rasmi JPJ atau menghubungi cawangan JPJ terdekat.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.