Seorang remaja dari Kuala Nerus, Terengganu telah menemui bangkai seekor ikan lumba-lumba di Pantai Tanjung Gelam, pada jam 12 tengah hari semalam.
Bangkai ikan lumba-lumba yang ditemui oleh Ahmad Nasrul Hazim Ahmad Rahimi, 14, bagaimana pun dilaporkan telah hilang daripada lokasi yang dijumpainya.
Menurut remaja terbabit, beliau menjumpai bangkai tersebut ketika bersiar-siar di pantai itu bersama dua lagi rakannya.
Selepas merakam foto dan pulang ke rumah, bangkai tersebut dikatakan telah tiada ditempat terbabit.
"Kami sempat merakam foto bangkai ikan itu sebagai tanda kenangan dan pulang ke rumah untuk menceritakannya kepada keluarga masing-masing.
"Tetapi, bila saya datang semula ke pantai ini pagi tadi saya terkejut sebab bangkai ikan itu sudah tiada. Tak tahu hilang ke mana," katanya kepada pemberita.
Sementara itu, Ketua Cawangan Mamalia Marin, Bahagian Penyelidikan Penyu & Spesies Marin Terancam di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad mengesahkan bangkai tersebut adalah ikan yang sama ditemui terdampar pada Khamis lepas.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.