Seorang wanita di Jiangxi timur memuat naik sebuah video mendakwa telah menemui jarum pada produk tuala wanita yang dibelinya. Oleh itu, ia telah mencetuskan panik dalam kalangan wanita di China.
Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan apabila jarum yang didakwa ditemui pada tuala wanita tersebut adalah produk keluaran jenama tuala wanita yang terkemuka di negara itu.
Video yang dimuat naik di Weibo itu menarik perhatian ramai sejak mula dikongsi pada Sabtu, dan sudah ditonton lebih 500 juta kali di platform blog mikro itu pada Isnin.
"Sekiranya jarum itu sudah ada ketika proses pengilangannya, ia membawa risiko kesihatan yang besar," kata wanita yang berkongsi video itu kepada media.
Wanita itu turut mendesak pengilang terbabit melakukan siasatan.
Susulan kejadian, pemilik jenama tuala wanita terkemuka China itu tampil memohon maaf dan berjanji akan melakukan siasatan dalaman berhubung dakwaan tersebut dan mengumumkan hasil siasatan secepat mungkin.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.