
Oleh Feyra Nasrom Sumber CARI , instagram @bang_dzoel
Walaupun ditakdirkan tidak sempurna pada fizikal , namun ia tetap bukan penghalang bagi seseorang untuk membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ni.
Achmad Zulkarnain, seorang OKU yang cacat fizikal iaitu tidak mempunyai tangan ternyata mempunyai bakat dan keistimewaan pada diri yang belum tentu dapat dilakukan oleh manusia yang sempurna tubuh badan ..
Kekurangan yang ada pada lelaki ini langsung tidak melemahkan dirinya , malah menjadikannya seorang jurugambar yang cukup hebat dan handal .
Zulkarnain berjaya membuktikan dirinya standing dengan jurugambar professional apabila setiap gambar yang diambilnya tidak pernah mengecewakan mana-mana pihak. Hasil kerja Zulkarnain sekaligus membuatkan orang ramai terpegun dan berbangga terhadapnya. Banyak gambar-gambr yang cantik dan luar biasa berjaya diambil oleh lelaki iini. Jom tengok hasil tangan dari Achmad Zulkarnain kat bawah ni ataupun boleh tengok kat instagram dia sendiri @bang_dzoel


Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.