Malas sebenarnya nak cuci bekas plastik yang berminyak ni. Bukan apa, kotoran minyak yang melekat pada bekas plastik tu memerlukan extra effort untuk membersihkannya.

Mesti ramai yang tak cuci dan terus buang bekas plastik tu kan. Ye tak?
Tapi tahukah anda, sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk membersihkan kotoran minyak melekat pada bekas plastik tu?
Anda hanya perlukan sabun cecair basuh pinggan, air dan tisu untuk menanggalkan kesan kotoran berminyak yang melekat pada bekas plastik tu. Kaedah ini dikongsikan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai ajezzzzzzz. Katanya dia mendapat tahu tentang kaedah ini menerusi aplikasi TikTok.


Jom tengok ni:
Lepas ni tak perlulah susah-susah nak sental bekas plastik tu gais. Selamat mencuba!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.