
Oleh Feyra Nasrom Sumber Kosmo
Siapa tak kenal pelakon jelita Bollywood yang legend iaitu Kajol ni weh! Bintang yang terkenal dengan banyak filem Hindustan dan yang terbaru iaitu Dilwale tidak menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Malaysia sekiranya skrip filem itu baik dan menarik.
Bagi kajol, dia sangat mementingkan skrip sesebuah filem sebelum dia benar-benar membuat keputusan bersetuju berlakon dalam filem itu.
“ Skrip saya adalah hero saya, dan itu lebih penting, dan jika ada peluang, sudah tentu saya mahu berlakon “
Kajol kini berada di Malaysia dengan tujuan merasmikan teaser filem terbarunya, Velai Illa Pattadhari 2 versi Hindi.
Selain itu, Kajol turut terharu dengan kesungguhan peminatnya seramai 2000 yang menyambut kedatangannya.
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.