Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Waspada! Nampak Tenang Tapi Berisiko, Kawah Air Pantai Batu Buruk Boleh Undang Bahaya

ROSTAM, Mohamad Firdaus
22 Sep 2025, 02:17 PM

waspada! nampak tenang tapi berisiko, kawah air pantai batu buruk boleh undang bahayaFoto: Tangkap layar TikTok

Satu rakaman dron yang memaparkan kewujudan kawah air di Pantai Batu Buruk, Terengganu tular di media sosial, sekali gus mencetuskan rasa bimbang orang ramai terhadap keselamatan pengunjung.

Video berkenaan dimuat naik oleh pengguna TikTok, Husin Jambul, yang mendakwa kawasan itu berbahaya dan tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda.

“Seramnya tengok kawah air, tapi ramai saja yang sedang mandi-manda,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Menurutnya, meskipun papan tanda larangan mandi sudah diletakkan di kawasan berkenaan, masih ramai pengunjung mengabaikan amaran.

 

@tokwea97 Seramnya tengok kawah air ni. Tapi ramai je tengah mandi tu😖 #fyp #lemas #pantaibatuburuk #kualaterengganu #kawasanlarangan ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs - Skittlegirl Sound

 

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengelakkan aktiviti mandi di kawasan berisiko.

“Dari tepi pantai memang tak nampak, tapi dari atas boleh kenal sebab di atas kawah tak ada ombak,” kata seorang pengguna, Ariffaizal.

Sementara itu, pengguna lain berkongsi tip keselamatan: “Petua mandi di pantai, pilih kawasan yang ada ombak. Tempat tak berombak selalunya ada kawah air.”

Ada juga yang menyifatkan perkongsian video itu sebagai peringatan berguna. 

“Bagusnya boleh kongsi video macam ni, sekurang-kurangnya orang lebih peka dan elak bawa keluarga mandi di kawasan bahaya,” kata seorang lagi pengguna.

Menurut penduduk tempatan, Pantai Batu Buruk sememangnya tidak digalakkan untuk mandi kerana faktor keselamatan. Pantai itu lebih sinonim dengan aktiviti riadah seperti bermain wau dan menunggang kuda.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us