Stress atau tekanan sering membawa perspektif yang negatif. Tekanan kerja, masalah dengan pasangan dan drama keluarga, ini semua menimbulkan perasaan stress yang negatif untuk seseorang individu.
Tetapi ada juga stress yang baik untuk kesihatan. Stress mempunyai dua jenis; distress dan eustress. Distress inilah yang sering dialami semua orang. Ini merupakan negative stress yang akan sentiasa berikan anda berasa tegang. Eustress pula merupakan positif stress yang memberi dorongan kepada anda untuk menyelesaikan segala tugasan. Ini juga dikenali sebagai manageable stress. Ini kelebihan-kelebihan stress yang tidak dijangkakan.
- Memberi motivasi yang anda perlukan
Anda perlukan stress sebagai motivasi harian supaya anda dpaat mengharungi cabaran yang bakal dihadapi.
- Membina perkembangan diri
Walaupun stress boleh membuat anda berasa tegang tetapi ia juga memberi pendorongan kepada anda untuk memperbaiki diri anda. Anda akan rasa lebih konfident selepas selesai segala tugasan yang membuatkan diri anda berasa stress.
- Merapatkan hubungan
Ramai yang berpendapat bahawa stress akan memberi ketegangan kepada hubungan anda bersama keluarga dan rakan-rakan. Tetapi sebaliknya, stress ini dapat membantu anda mengeratkan hubungan bersama yang tersayang. Mereka akan menjadi tempat anda meluahkan perasaan.
Sumber: Time Magazine
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.