Pengoperasian bazar Ramadan di seluruh negeri Kelantan dibenarkan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin berkata keputusan dilakukan selepas kerajaan negeri mengambil kira kepentingan ekonomi penduduk setempat.
"SOP akan ditetapkan kemudian dan pihak berkuasa tempatan masing-masing akan membuat garis panduan mengenainya," katanya.
Bahkan, Dr Izani turut berkata bahawa program Madinah Ramadan iaitu solat tarawih di perkarangan bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV turut dibenarkan dengan kapasiti 500 jemaah berbanding kapasiti asal 1,300 jemaah.
“… untuk solat tarawih di masjid dan surau, kena tunggu keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.