Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Kelantan Tegas Perangi Dadah, Sasar Jadi Negeri Contoh Bebas Najis Dadah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
15 Jul 2025, 02:23 PM

kelantan tegas perangi dadah, sasar jadi negeri contoh bebas najis dadahFoto: Facebook

Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan iltizam penuh untuk membanteras penyalahgunaan dadah secara menyeluruh, dengan hasrat menjadikan negeri itu sebagai model negeri bebas najis dadah, selaras dengan dasar “Membangun Bersama Islam”.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan menegaskan bahawa dadah merupakan musuh utama masyarakat dan mampu menghancurkan masa depan generasi sekiranya tidak ditangani dengan pendekatan yang tegas, konsisten dan menyeluruh.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri memandang serius ancaman tersebut dan menekankan kepentingan penguatkuasaan yang bersepadu melibatkan semua agensi berkaitan. Katanya, kejayaan besar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket dadah menerusi rampasan bernilai jutaan ringgit membuktikan bahawa langkah penguatkuasaan perlu terus diperkasakan dari semasa ke semasa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada PDRM atas usaha gigih yang dilakukan dan menyeru agar masyarakat tidak lagi memandang serong terhadap Kelantan. Tegasnya, yang lebih penting ialah tindakan tegas dan hasil nyata yang dicapai dalam membanteras gejala berkenaan.

Tambah beliau, kedudukan geografi Kelantan yang berkongsi sempadan darat dengan negara jiran menjadikan negeri ini berdepan cabaran yang unik dalam menangani aktiviti penyeludupan dadah. Laluan tikus yang banyak serta kewujudan sindiket antarabangsa memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk di peringkat Persekutuan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan lebih berkesan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif melalui peranan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kelantan yang kini diterajui oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat. PEMADAM bersama pelbagai agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan lain-lain berganding bahu dalam memperkukuh program pencegahan dan pendidikan bermula dari peringkat sekolah hingga ke komuniti.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri akan terus konsisten, tegas dan berprinsip dalam menyokong segala usaha membanteras dadah. Beliau yakin bahawa dengan kerjasama erat pelbagai agensi, Kelantan mampu menjadi negeri contoh dalam perjuangan menentang najis dadah di negara ini.

Sumber: Harakah Daily

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us