Selepas tiada kes aktif dicatatkan dalam dua minggu di negeri itu setakat 12 tengah hari semalam, Kelantan kini diisyitharkan sebagai zon hijau COVID-19.
Ini menjadikan Kelantan sebagai negeri kedua zon hijau di Malaysia, selepas Perlis yang turut merekodkan sifar kes jangkitan baru bagi tempoh melebihi dua minggu.
Meskipun begitu, kedua-dua negeri itu masih belum boleh disytiharkan bebas COVID-19.
Menerusi data oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), zon hijau terus bertambah kepada 85 daerah setakat ini berbanding 77 daerah hari sebelumya.
Sementara itu, jumlah zon merah masih kekal kepada 12 kawasan dengan penambahan 31 kes baru COVID-19 dinegara ini setakat 12 tengah hari semalam.
Kuala Lumpur masih dikategorikan sebagai zon merah kecuali Cheras yang kini menjadi zon kuning berikutan penurunan kes aktif sebanyak 33 kes.
Setakat 28 April, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 5,851 kes dan daripada jumlah berkenaan 1,719 kes masih aktif.
Sumber: CPRC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.