Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

“Duit Lesap, Daging Entah Ke Mana”, Kisah Benar Penipuan Katering Raya

IDRUS, Husna Najwa
09 May 2025, 11:56 AM

“duit lesap, daging entah ke mana”, kisah benar penipuan katering raya

Foto: Facebook

Majlis yang sepatutnya menjadi hari istimewa untuk meraikan kelahiran cahaya mata bertukar menjadi mimpi ngeri apabila sebuah keluarga mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat katering yang tidak bertanggungjawab.

Seorang pengguna Facebook, Aiman Arif, tampil berkongsi kisah duka keluarganya yang terpedaya dengan sebuah syarikat katering dikenali sebagai Syed Catering, didalangi individu bernama Syed Mohamad Hafiz Bin Syed Hamid dan Siti Hajjar Binti Ro.

Insiden berlaku pada pagi Raya ke-3, ketika keluarga Aiman sepatutnya mengadakan majlis aqiqah dan rumah terbuka. Namun, mereka dikejutkan dengan panggilan pada jam 3 pagi daripada pihak katering, memaklumkan bahawa lembu aqiqah yang ditempah telah 'dijual kepada orang lain'.

Lebih mengejutkan, si penipu mendakwa dirinya juga menjadi mangsa penipuan dan telah membuat laporan polis palsu untuk memperdaya pelanggan. Dia berjanji tetap akan memasak menggunakan daging segar dari pasar, memberi harapan palsu kepada keluarga terbabit agar tidak membatalkan majlis saat akhir.

“duit lesap, daging entah ke mana”, kisah benar penipuan katering raya

Foto: Facebook 

Berdasarkan invois yang tular, keluarga ini telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM2,000 kepada syarikat katering berkenaan untuk pakej lengkap bernilai RM5,410, termasuk satu ekor lembu aqiqah, kambing golek, menu penuh kenduri, kanopi, dan pelbagai juadah. 

Namun, sebahagian besar servis yang dijanjikan langsung tidak ditunaikan, dan pihak katering terus menghilangkan diri selepas menerima bayaran. 

Kisah ini menjadi peringatan buat orang ramai agar lebih berhati-hati ketika membuat tempahan katering, terutamanya bagi acara besar seperti majlis aqiqah, perkahwinan atau kenduri doa selamat. 

Tips Elak Jadi Mangsa Penipuan Katering: 

1. Semak latar belakang syarikat – Lakukan carian dalam talian dan semak ulasan pengguna lain. 

2. Minta surat perjanjian bertulis – Elakkan urusan lisan semata-mata. 

3. Bayar secara berperingkat – Elakkan membayar penuh terlalu awal. 

4. Gunakan perkhidmatan katering berdaftar – Syarikat sah biasanya lebih bertanggungjawab. 

5. Dapatkan testimoni pelanggan sebenar– Tanyakan pengalaman mereka secara langsung. 

Kisah yang dikongsikan Aiman Arif ini telah menarik perhatian ramai netizen yang turut menyuarakan kemarahan terhadap taktik licik pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup memanipulasi sambutan hari bahagia orang lain demi keuntungan. 

Sumber: Facebook (Aiman Arif) 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us