Seorang lelaki dari Viena, Austria telah didenda sebanyak 500 Euro (kira-kira RM2,412) kerana kentut dengan sengaja dan kuat ketika pemeriksaan.

Polis Austria dalam satu kenyataan mempertahankan jumlah denda berkenaan meskipun lelaki itu menyifatkan ia tidak adil.
Lelaki terbabit dilaporkan kentut dengan kuat ketika polis sedang melakukan pemeriksaan keatasnya semasa dia sedang bangun dari tempat duduk sebelum itu.

Polis Austria juga menegaskan denda berkenaan adalah kerana lelaki itu tidak memberikan kerjasama ketika pemeriksaan.
Tambah lagi, polis berkata jika lelaki itu tidak berpuas hati dengan denda berkenaan, dia boleh mencabar denda itu menerusi prosedur undang-undang.
Lelaki terbabit dikatakan mengangkat punggungnya sedikit dari bangku, memandang polis, sebelum tiba-tiba kentut dengan amat kuat.
Sumber: The Guardian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.