Tidak ramai yang suka untuk memakai kanta lekap dan lebih selesa untuk memakai cermin mata biasa kerana kanta lekap memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding cermin mata.
Seorang wanita berusia 42 tahun dikejarkan ke hospital selepas merasa tidak selesa pada bahagian matanya, dan seterusnya doktor menjumpai bengkak pada bawah mata wanita berkenaan.
Bengkak yang berukuran 8x4x6 milimeter itu pada mulanya disangka ketumbuhan, namun selepas pembedahan, doktor menemui kanta lekap pada kawasan bengkak terbabit.

Selepas ditanya pada wanita itu, beliau memberitahu bahawa ketika beliau berusia 14 tahun, matanya pernah terkena bulu tangkis ketika bermain badminton dan mengakui sedang memakai kanta lekap.
Sumber: Interesting Engineering
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.