
Foto Hiasan
Pernah tak anda bermimpi bertemu seseorang mungkin kawan rapat, ahli keluarga atau ‘crush’ dan anda yakin itu memang mereka, tetapi wajahnya kabur, berubah-ubah atau langsung tak jelas? Rasa pelik, kan?
Sebenarnya fenomena ini bukan mistik, bukan juga tanda mata batin tertutup. Ia berkait rapat dengan cara otak kita bekerja ketika tidur, khususnya sewaktu fasa REM (Rapid Eye Movement), satu fasa di mana kebanyakan mimpi berlaku.
Di dalam otak terdapat satu bahagian bernama Fusiform Gyrus, atau lebih tepat Fusiform Face Area (FFA). Bahagian inilah yang bertanggungjawab mengecam wajah manusia ketika kita berjaga. Ia memproses bentuk mata, hidung, mulut dan segala perincian halus supaya kita boleh mengenali seseorang dengan tepat.
Namun ketika tidur, aktiviti di bahagian ini menjadi sangat rendah. Otak seolah-olah masuk mod jimat bateri. Untuk melukis semula wajah secara terperinci memerlukan tenaga pemprosesan yang tinggi dan otak kita memilih jalan lebih mudah.
Disebabkan itu, dalam mimpi kita jarang mengenali orang melalui wajah. Sebaliknya otak menggunakan ‘emotional recognition’ pengecaman melalui perasaan atau ‘essence’.
Contohnya, otak hanya menghantar isyarat:

“Watak ini ialah ayah.”
Maka hati kita terus percaya itu ayah, walaupun wajahnya kabur atau langsung tak kelihatan. Kita mengenali aura, cara bercakap atau rasa kehadirannya bukan perincian fizikal.
Ada orang cuba tenung muka seseorang dalam mimpi. Selalunya dua perkara akan berlaku iaitu wajah itu mula ‘morphing’ dan berubah jadi pelik atau menyeramkan. Lebih kerap, kita akan terus terjaga.

Ini kerana otak tak mampu mengekalkan grafik ‘high definition’ terlalu lama. Ibarat main game dengan tetapan grafik rendah, bila dipaksa, sistem akan terus lag!
Mimpi sebenarnya ialah gabungan memori, emosi dan imaginasi yang disusun semula oleh otak. Ia bukan rakaman realiti, tetapi simulasi yang membantu kita memproses pengalaman harian.
Jadi kalau lepas ini anda bermimpi jumpa seseorang tanpa muka jelas, jangan panik. Itu cuma otak sedang bekerja dengan cara paling efisien.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.