Disebabkan berlaku kematian 5 penduduk, golongan lelaki di sebuah kampung di Thailand bertindak mewarnakan kuku bagi melindungi diri daripada ‘hantu janda’ yang dikatakan mengganggu kampung mereka.
Penduduk di kampung Pu Hong percaya 5 kematian ini disebabkan semangat jahat dua hantu iaitu ‘roh janda yang dahaga’ dan ‘pop’ (hantu Thai yang berkeliaran merasuk manusia dan makan benda-benda kotor di rumah mereka.
'Hantu janda' memainkan peranan mengambil nyawa kaum lelaki manakala pop pula merasuk orang tua dan lemah di kampung sebelum 'memakannya' dari dalam.
Selain mewarnakan kuku, penduduk kampung ini turut memasang beberapa papan tanda di atas pagar dengan tulisan ‘tiada lelaki tinggal di sini’ untuk menipu ‘hantu janda’.
Kredit: mStar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.