Kalau anda memelihara kucing, mesti selalu perasan yang kucing anda kerap menghidu dan mengunyah rumput.
Nampak macam pelik, tapi ia sebenarnya sesuatu yang baik untuk kucing anda
Nak tahu kenapa? Ini antara sebabnya.
1. Sebagai 'julap' semula jadi
Rumput mempunyai serat yang bermanfaat sebagai 'julap' semula jadi kepada kucing.
Pakar haiwan di Akademi Perubatan Haiwan, Anna Crooks berkata, memakan rumput dapat membantu kucing melancarkan fungsi saluran pencernaan.
Ia termasuk gumpalan bulu, cacing atau tulang yang dimakan kucing.
Berdasarkan kajian pada tahun 2019, rumput juga berkemampuan mengeluarkan parasit dari usus kucing.
2. Memudahkan proses muntah
Apabila memakan rumput, seringkali kucing dilihat akan memuntahkannya.
Wujud teori yang menyatakan rumput akan membantu kucing memuntahkan gumpalan bulu, tulang serta makanan yang tidak dapat dicerna.
3. Kekurangan asid folik
Buah pinggang dan hati mengandungi asid folik, termasuk rumput sebagai sumber.
Asid folik mampu membantu pertumbuhan, percenaan, sintesis DNA selain membantu menambah sel darah merah kucing.
Kebanyakkan kucing mendapatkan asid folik melalui makanan, tetapi ada yang tidak sehingga menyebabkan haiwan itu mengalami anemia.
4. Menikmati tekstur rumput
Menurut Crooks, tekstur rumput adalah sesuatu yang disukai kucing untuk dikunyah.
Namun, ada beberapa jenis rumput, dedaun atau tumbuhan yang tidak sesuai dengan kucing antaranya:
- Bunga tulip
- Keladi bunting
- Azalea
- Lily
- Lidah Buaya
- Kayu Putih
- Philodendron
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.