
Foto: Agensi
Thailand kini berdepan lonjakan kes COVID-19, dengan 71,067 jangkitan dan 19 kematian direkodkan antara 1 Januari hingga 14 Mei, menurut Pusat Maklumat COVID-19 negara itu.
Peningkatan ini dikaitkan dengan perayaan Songkran dan kemunculan dua kluster besar. Varian Omicron XEC merupakan strain rekombinan baharu yang semakin dominan telah dikesan meningkat sejak Januari, menurut Jabatan Sains Perubatan.

Foto Hiasan
Varian XEC pertama kali muncul di Jerman pada Jun 2024, hasil gabungan subvarian KS.1.1 (FLiRT) dan KP.3.3 (FLuQE). Ia membawa mutasi yang menjadikannya lebih mudah menular, dengan kadar penyebaran 84–110% lebih tinggi berbanding varian Omicron lain. Kini, ia telah dikesan di sekurang-kurangnya 15 negara termasuk AS, UK dan China.
Pihak berkuasa Thailand menyeru orang ramai agar kekal berwaspada dan sentiasa memantau symptom awal, mencuci tangan dengan kerap dan pakai pelitup muka di kawasan sesak.
Sumber: Agensi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.